Tuesday, February 15, 2011

Salam Ta'aruf...

Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Rasulullah s.a.w dan seluruh kaum keluarganya serta para sahabat yang tidak pernah letih dan jemu dalam membawa risalah dan tabi’ tabiin yang telah menjadi rantai-rantai perjuangan sehingga Islam dapat tersebar ke seluruh pelusuk dunia para hari ini. Tidak lupa kepada insan-insan yang telah mencurahkan segala keringat dan darah dalam mempertahankan agama yang mulia ini dikala banyak anasir luar yang cuba untuk menjatuhkannya walaupun agama ini tidak akan runtuh selama-lamanya seterusnya sahabat-sahabat rakan seperjungan dan kaum keluargaku sekalian.

Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini saya dapat post juga artikel pembukaan saya yang pertama di dalam blog ini.

Diharapkan dengan terhasilnya blog ini, saya diberi peluang untuk berkongsi buah fikiran, pandangan, dan ilMu. Mudah-mudahan ia akan menjadi sebagai salah satu usaha dakwah yang akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t dan supaya ia akan menjadi motivasi kepada diriku yang serba kekurangan ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...