Sunday, March 27, 2011

Cinta BERAHI Bukan Lagi Cinta ILAHI



MENURUT hemah saya lelaki dan perempuan sama-sama cenderung pada SEKS. Hanya sahaja seorang lelaki berstatus bujang mengimpikan sebuah perkahwinan untuk melangsaikan ibadat itu, akan padah bila nafsu bermaharaja di atas pundak hati.. ianya dilihat sebagai ADAT menghalalkan perlakuan SEKS di luar nikah. Tiada sebab seorang perempuan hilang rasa malu kerana bangga sudah lagi tidak virgin, dah perkara biasa di era penjajahan idealogi Barat yang berat sebelah.

Mana mungkin peluang dah terhidang, nafsu dah teransang, masa dah terluang tiada perasaan untuk menggunakan kesempatan kerana ketika ini mana ada orang pandang, cubalah tenang, buatlah perlahan-lahan.

Apa lagi, mulalah syaitan mainkan peranan. Halal dan haram sudah dibuang, tinggal lagi sebuah harapan. Harapan antara kau dan aku, kita sama-sama dekatkan, usah berjauhan, nanti feeling hilang. Maka berlakulah dua perkara yang ditakuti; bersekedudukan hingga hilang kawalan, dan pembuangan zuriat tidak cukup bulan.

Puaskah kalian? Pasti nafsu kata nak lagi, lagi dan lagi. Bolehkah ketika ini kalian salahkan cinta?

Teman, CINTA itu bukan makhluk. Kenapa salahkan cinta, kenapa tidak salahkan mata hati yang buta? Salahnya orang bercinta kerana salah letak harga sebuah cinta. Nabi pun bercinta, para sahabat pun bercinta, para ulama’ pun sama.. tapi mereka tiada masalah pun, kerana mereka tidak bermasalah.

Pesanan buat Hawa;

Wahai wanita solehah mahupun wanita jameelah (ada rupa), kalian usahlah sekali-kali mudah memberi cinta. Bercinta jangan. Tapi berkahwinlah dengan lelaki yang mencintai kamu. Kahwin dengan niat untuk menghadirkan CINTA IBADAT, kerana dia mahupun kalian hanya ada satu cinta PERLU dihargai selepas itu, iaitu cinta ILAHI. Namun, andai kalian kalah oleh CINTA ADAT sebelum sempat kahwin menyekat, maka ada satu cinta AKAN kalian hargai selepas itu, iaitu cinta BERAHI.

Memberi: Kisah CINTA Paling Hebat

Cinta juga perlu memberi. Makin banyak kita memberi bukan bererti mengurangi apa yang kita ada, namun menambah seri pada sebuah kehidupan bermakna kerana dikenang oleh budi...




MEMANG sukar hendak mengajar manusia yang berakal mengenal cinta sejati. Mereka mudah memutar-belitkan kata-kata kerana keinginan nafsu mudah menggelocak melata, mengotori syariat yang tertulis. Manusia tahu dosa dan tahu melakukannya adalah berdosa, tetapi kemahuannya tetap membulu hingga hilang penglihatan mengintai jalan lurus. Seorang perempuan sanggup ditiduri hanya kerana termakan pujuk rayu. Si suami sanggup meninggalkan cinta si isteri demi mengejar cinta wanita di negara seberang. Mereka seolah-olah lemah longlai membuat pertimbangan kerana iman tidak seiringan cinta diberikan.

Berilah peluang kepada saya untuk bicarakan CINTA buat kesekian kalinya. Peranan cinta, jihad cinta, ketulusan cinta yang cuba saya bawakan ini adalah lahir dari nuansa cinta-Nya yang mekar bak bunga-bunga nan indah di musim semi, lain dari lain yang pernah saya puisikan. Setangginya bisa merobek jiwa hamba yang lemah menjadi kuat, keindahannya seperti pelangi selepas hujan yang mengukir warna-warna di atas dada langit, peranannya seperti air yang menghilangkan jiwa raga dari dahaga.

Begitulah cinta bekerja apabila iman memandu, tahu kepada siapa diberikan cinta, kepada siapa harus dipelihara cinta, dan ketika mana layak dihadirkan cinta. Mencintai bererti memberi. Cinta bertandang untuk menuliskan catatan-catatan manis bagi orang yang dicintainya. Cinta datang untuk menghidangkan minuman lazat agar bisa diteguk oleh insan dicintainya.

Seorang pencinta sejati tidak pernah mengerti kata kerja MENERIMA, dia hanya kenal kata kerja MEMBERI. Baginya cinta itu ialah memberi, mendahulukan orang lain dan membelakangi hak sendiri. Memberi apa sahaja agar cinta tulus mulus dapat dirasai oleh insan dicintai, kerana dia tahu di sebalik dia tidak menagih cintanya tapi ianya akan tetap hadir di penghujung babak-babak ikhlas memberi tadi.

Nah... cuba kalian cermati kisah ini baik-baik. Mereka merupakan contoh teladan cinta sejati hingga ke mati yang kita dambakan. Beliau ialah lelaki soleh yang sangat dicintai oleh nabi s.a.w dan para sahabat lainnya. Dia benar-benar seorang yang masak dalam ilmu memberi, lantas bisa dilihat kezuhudannya pada harta milikinya hanya sedikit sahaja ditinggalkan buat bekalan hidupnya yang masih tersisa. Ideanya juga telah memenangkan tentera Islam di peperangan Khandaq. Dialah SALMAN AL-FARISI.

Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pria di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.

“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.

“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap ruh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.

“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Itulah jawapannya... reaksinya telah melukiskan dia ialah seorang pencinta sejati... sejatinya dia bukan kerana dia sahabat nabi s.a.w yang utama tetapi rahmat kasih sayang Ilahi menemani sekeping hati kecil miliknya untuk terus MEMBERI.

Salman al-Farisi benar-benar mengajar kita sebagai seorang hamba kepada satu Tuhan yang berhak disembah tentang keutamaan dalam memberi, tidak menagih simpati untuk menerima. Dia hanya tahu satu pekerjaan besar lagi mulia sahaja, iaitu MEMBERI. Memberi tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimilki... tidak haloba dengan apa yang tiada.

Kalian bagaimana?

Monday, March 21, 2011

HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM SURAH AL-FATEHAH

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:


1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi 

Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.

Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:

i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Saturday, March 19, 2011

Jauhilah Lapan Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita laksanakan adalah dengan penuh pengharapan agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. kerana apabilan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T maka barulah ganjaran pahala yang akan kita terima sebagai bekalan yang akan kita bawa di hari akhirat nanti untuk menghadapi keadilan di mahkamah Allah S.W.T. Jika amalan kebaikan kita di timbang dan di dapati dengan timbangan yang berat maka dengan rahmat Allah kita akan di masukkan ke dalam syurga-Nya.

Apakah kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan ini akan di terima oleh Allah S.W.T.? Sedangkan jika dilihat daripada hadis Nabi S.A.W. yang panjang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal terdapat 8 perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan kita tidak di angkat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mengumpat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)

Mengumpat adalah dosa yang amat berat di sisi Allah s.w.t.. Orang yang melakukan perbuatan itu diumpamakan oleh Allah s.w.t. sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. Ini jelas menunjukkan betapa hina dan buruknya perbuatan tersebut. Dan ia dianggap hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sewajarnya dipelihara.

2. Mengharapkan keduniaan.

Allah SWT berfirman: "Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka." (Surah Al-Hadîd ayat 20).

Ayat ini juga memperlihatkan kedua sisi kehidupan dunia itu. Baik yang lahir maupun yang batin. la bagaikan curahan hujan yang turun dari langit menyirami bumi. Kemudian tumbuh tanaman-tanaman yang indah dan menarik perhatian para petani. Namun, setelah itu mengering, menguning dan akhir nya rusak.

3. Sombong.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sombong adalah penyakit berbahaya, dimana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk berbuat dosa yang akan menjauhkannya dari syurga dan mendekatkan ke neraka.

4. Ujub.

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

5. Pendengki dan hasad

Sifat hasad dengki adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

6. Tidak mengasihi orang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.

7. Sum'ah dan riak.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan keburukannya. Dan barangsiapa yang berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan riyaknya"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membuatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riyak) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riyak dihadapan makhluk".
(Hadis Riwayat at-Thabarani dan Baihaqi)

Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riyak sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia.

Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”

Sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

8. Tidak ikhlas.

Amalan yang tidak ikhlas tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah S.W.T. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya.Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhi lapan perkara yang dinyatakan di atas menyebabkan amalan kita di tolak oleh Allah S.W.T. Jika amalan kita di tolak dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah S.W.T di hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan meningkatkan iman dan amal dan melegkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah.

Friday, March 18, 2011

KEPILUAN HATI RASULULLAH..



Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut Hari Lahir junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W kan? Rasa rindu, sayu hati ni mengenangkan baginda.. Teringatkan kalimah ummati.. ummati.. ummati.. di akhir hayat baginda cukup membuktikan betapa sayangnya baginda kpd kita.. tapi kita disini? Adakah kita mampu mencintai baginda sebagaimana cinta baginda kpd kita??
Harini aku nk titipkan satu kisah yg aku rasa kalian pun dah lali tntangnya.. khas untuk kita para WANITA DUNIA AKHIR ZAMAN..
Berkata Ali r.a: Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah SAW, apabila kami masuk ke dalam rumah baginda maka kami mendapati Rasulullah sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah SAW. “ya Rasulullah SAW mengapa baginda menangis?”
Lalu Rasulullah SAW bersabda. “Aku menangis sebab sewaktu aku diisra’kan ke langit, aku melihat keadaan orang yang diseksa, itulah sebabnya bila aku mengenangkannya aku menangis.” Kemudian ali bertanya. “Ya rasulullah apakah yang anda lihat?”


Rasulullah bersabda, aku melihat 10 jenis seksaan bagi kaum wanita, antaranya:


ð Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.


ð Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya, dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya.


ð Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan kedalam kerongkongnya.


ð Orang perempuan yang digantung diikat dua kakinya berserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan dibelit dikuasai oleh beberapa ular dank ala jengking.


ð Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.


ð Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting2 dari neraka.


ð Orang perempuan yang berwajah hitam dan ia memakan usus-ususnya sendiri.


ð Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti dari neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga,dan mulut. Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.


ð Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, meraka mendapat seksaan semacam sejuta seksaan.


ð Orang perempuan yang berbentuk anjing, dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk kedalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Dan para malaikut memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.


Sebaik2 Fatimah ra mendengar kata2 ayahnya itu maka fatimah ra pun berkata. “ wahai ayahku, ceritakanlah kepadaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita2 tersebut? Kemudian Rasulullah bersabda, “Wahai anakku, adapun:



ð orang yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.



ð Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata2nya. Rasulullah telah bersabda: “seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata2nya, maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira, dan akan mengikat di belakang lehernya.” Dari usman ra berkata bahawa rasulullah telah bersabda, “Seorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: “ aku belum pernah melihat kebaikanmu, maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia mengerjakan puasa di siang hari dan mendirikan solat pada malam hari.”



ð Orang perempuan yg digantung buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.



ð Orang perempuan yang diikat dgn kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi. Yaknimereka yg tidak mandi bagi membersihkan diri setelah habis haid atau nifas.



ð Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana suka berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.



ð Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka adalah kerana dia mahsyurkan dirinya di kalangan orang ramai dgn bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya.Dan setiap orang yang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dipakai.



ð Orang perempuan yg diikiat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai ke ubun2nya , dan dibelit dgn beberapa ekor ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak juga mahu mandi junub.



ð Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi, dan badannya pula seperti keldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.



ð Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.



Abdullah bin Umar berkata bahawa rasulullah telah bersabda bahawa:” kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka suatu hari dgn bangganya ia berkata: awak ini siapa, semua harta yang ada disini adalah milikku, engkau tidak memiliki harta apa2 pun.
maka sesungguhnya Allah SWT akan semua amal baiknya walaupun amalnya itu banyak.”
Ibnu Abbas ra. Berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:"Seseorang perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya, maka sesungguhnya dia akan dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh matahari dan bulan sehinggan dia kembali ke rumah suaminya".




Na'uzubillahimin zalik.. gerun n gusar hatiku membaca artikel ini.. Bukan tak pernah aku membacanya sebelum ini.. n bukan tak pernah ada orang yg sampaikan padaku.. namun kerisauan n ketakutan masih tetap ada di hatiku.. Ku akui betapa sukarnya untuk memelihara lidah daripada memperkatakan hal orang lain.. sukar untuk memelihara hati dari sifat mazmumah.. Ya Allah.. peliharalah lidahku.. peliharalah hatiku.. peliharalah anggota tubuhku keseluruhannya.. peliharalah aku daripada melakukan dosa n kejahatan yg memang berdosa.. mahupun kebajikan yg menjadi dosa.. Sungguh Aku khuatir kan tergolong dalam golongan2 yg disebutkan di atas.. Ya Allah.. tempatkanlah aku dikalangan hambaMu yg sentiasa bertaubat.. Sungguh Kau Maha Pengasih n Penyayang.. Ya Allah.. ampunilah dosaku..

Wednesday, March 16, 2011

CINTA….Sebelum Nikah…



Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.
Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….

Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.
Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.
Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.
Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.
Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin

Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.



Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?
Semestinya tidak.
Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.


Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya
Ustazku pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz  mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.



Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.
Oh ya, dan aku belum bernikah.
Waallahulam…

Sunday, March 13, 2011

Iman yang naik turun

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh

Jika kita termasuk orang yang diberikan petunjuk olehNya, tentu akan merasakan nikmatnya mempunyai iman. Dan selain merasakan nikmatnya, juga tentu akan merasakan risaunya ketika iman itu sedang turun, serta merasakan betapa Allah sedang menguji keimanan kita.

Allah berfirman : "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram” (QS 13 Ar-Rad 28)

Hati kita yang beriman senantiasa akan di bolak-balik oleh Allah sebagai ujian buat kita. Oleh karena itu kita selalu harus menjaga iman ini tetap ada di hati.

Dalam sebuah hadis disabdakan bahwa al-iimanu yazid wa laa yankus. Iman itu kadang bertambah, kadang berkurang, kadang naik, kadang turun. Aku cuba merefleksikan iman itu dalam sebuah grafik seperti di bawah ini :



Iman Pertama, turun dan naik berada dalam posisi sama. Naik dan turun hampir sama besar dan cepatnya. Keimanan seperti ini memungkinkan seseorang mendapatkan khusnul khatimah (baik di akhir), bila Allah berkenan mencabut nyawanya pada saat iman sedang naik. Namun bila Allah mencabut nyawanya pada saat imannya turun, maka ia akan mendapatkan su'ul khatimah (jelek di akhir)

Iman Kedua, naiknya sedikit, tapi mudah turun secara drastis. Orang yang memiliki keimanan seperti ini, kemungkinan besar akan meninggal dalam kondisi su'ul khatimah. Wallahualam

Iman Ketiga, naiknya cepat, tapi lambat turunnya dan sedikit. Orang dengan iman konstruktif seperti ini, ketika ketaatannya naik, ia akan merasakan betapa lezatnya keimanan. Namun saat ia terjatuh pada kemaksiatan, ia akan resah dan ingin segera meninggalkan kemaksiatan tersebut.
Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbiy ‘alaa diinika wa’ala thoo’atika”..wahai yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk tetap konsisten dalam dien-Mu dan dalam menta’ati-Mu.



Pertanyaannya, bagaimana cara mempertahankan sikap iman ini?

Tuesday, March 8, 2011

PETUA IMAM SYAFIE





4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, March 7, 2011

AIR MATA : PeMaDaM aPi NeRaKa!!!

Menangis bukan penyelesaian masalah...
Menangis hanya untuk meluahkan perasaan,
kesakitan dan luka yang terbuku dihati....

ALLAH SWT telah menjadikan suatu perasaan yang sangat halus kepada hambaNya, iaitu menangis. Tidak salah jika seseorang itu hendak menangis, kerana dengan cara ini tekanan 
yang dihadapi oleh mereka akan reda..


Jika seseorang itu memendam sahaja emosinya, pasti ia akan mengakibatkan tekanan mental yang tidak stabil. Tetapi janganlah asyik menangis 24 jam tanpa memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Menangis bukanlah penyelesaian masalah. Menangis hanya untuk meluahkan perasaan, kesakitan dan luka yang terbuku di hati....
Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
"Dan bahawanya, Dia lah yang menjadikan seseorang itu bergembira(tertawa), dan berdukacita(menangis)
(Surah An-Najm, ayat 43) 
Jadi, ALLAH SWT lah yang mencipta ketawa dan tangis, serta mencipta sebab tercetusnya banyak air mata mengalir didunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi, dan terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus, seperti sungai yang mengalir ke laut, yang tidak pernah berhenti. Jika air mata itu dapat ditampung, maka banjirlah dunia ini..
Tangisan tercela atau terpuji? ada tangisan yang sangat dicela, umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut, iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa silam atau tangisan kerana takut akan azab dan seksa ALLAH
Tangisan dapat memadamkan api Neraka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan. Apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhny, air mata dapat memadamkan lautan api NERAKA".


Ada 10 JeNis TangiSan
  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati..
  • Menangis kerana rasa takut
  • Menangis kerana Cinta
  • Menangis kerana gembira
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan
  • Menangis kerana terlalu sedih
  • Menangis kerana berasa hina dan lemah
  • Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  • Menangis orang munafik: pura-pura menangis 
AiR Mata yang TIDAK Dituntut!!!
  • Janganlah menangis jika cita-cita tidak tercapai. Bukankah ALLAH SWT yang telah menentukan??
  • Janganlah menangis kerana menonton filem Hindustan, Sinertron atau apa-apa sahaja kerana itu cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis jika wang kita hilang dijalanan, kerna mungkin kita kurang bersedekah membuat amalan.
  • Janganlah menangis jika tidak dnaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian ALLAH SWT.
    Simpanlah semua air mata dan tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri diatas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati sehingga sukar menerima hidayah dari ALAH SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya, iaitu di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan semoga akan mendapat keampunanNya.
Nabi SAW bersabda, maksudnya;  
" Ada dua biji mata yang tidak disentuh api NeRaKa, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada ALAH SWT dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam"
"Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan ALLAH di hati kiamat ialah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran ALLAH SWT lalu bercucuran air matanya"
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada ALLAH, maka bergugurlah dedaunan dari pohon yang kering" 

Salman Al-Farisi ra berkata:
Aku menangis atas tiga perkara, iaitu;  
1.  Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat. 
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawa.
3.  Tidak tahu ke SyuRga atau ke NeRaKa.  

AiR Mata Rahmat ALLAH SWT
 Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
"Jagalah mayat ketika  kematiaanya dan perhatikanlah tiga perkara:
1.  Apabila dahinya berpeluh.
2. Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
....kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat ALLAH SWT untuk si mayat.
(Riwayat dari Salman Al-Farisi)

Sucikanlah empat keadaan dengan empat perkara...
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..
dan...
dosa-dosa silam yang disulami dengan taubat kepada Zat yang memilikimu..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...