Sunday, April 24, 2011

BeBaSKaN JiWaMu iTu..

Bismillahirrahmaanirrahiim.





Apabila anak Adam itu menyombong diri kepada Pemiliknya, maka dia sudah lupa bahawa kepada siapa dia bersikap sombong itu lagi sombong daripada dirinya. Allah Maha Sombong kepada orang-orang yang sombong.
Apabila Allah sudah Sombong, maka terkurunglah segala rasa didalam jiwa seorang anak Adam. Batinnya meronta-ronta, tetapi tidak dilepaskannya. Allah akan melihat, sejauh mana dia akan hidup derita dengan kesombongannya dan enggan sujud kepada Tuan Punya Dunia.
ALLAH mengurniakan akal kepada manusia untuk memikirkan kebesaran ALLAh serta untuk melihat kaca mata dunia dengan kaca mata akhirat. Tetapi manusia seringkali diberi ALLAH peluang untuk berada di tahap yang tinggi. Dan tidak semena-mena, manusia yang mudah lupa diri.. Akan melupakan segala yang tidak patut dia lupakan. Aduh. Bangun saudaraku.. ALLAH masih memerhatikanmu!
Manusia Sangat Hina dan Kerdil
Dalam kegembiraan di dalam dunia menjalani rutin kehidupan dengan penuh ceria dan gembira, adakalanya manusia terlalu angkuh dan seronok sehingga lupa untuk berkongsi keseronokan itu dengan Maha Pencipta. Benar, Allah tidak perlukan perkongsian manusia.. Namun ingat, manusia itu adalah hamba. Apakah layak seorang hamba melupakan Allah yang telah menciptakannya?
Tidak cukup dengan itu, manusia angkuh apabila memperolehi kejayaan dan tiada langsung pengucapan terima kasih terhadap Khaliq yang telah mengizinkannya untuk melakar kejayaan demi kejayaan dalam hidupnya. Alangkah ruginya seorang manusia itu berprasangka bahawa kejayaannya itu adalah hak miliknya kerana hasil usahanya sendiri selama ni. Rugi.. Sungguh rugi!
Dalam senyumnya, tawanya, senda guraunya.. Dia menyombong kepada ALLAh dan manusia yang tidak sekufu dengannya. Dan hidupnya berlanjutan sedemikian rupa sehingga datanglah ujian dari ALLAH dimana manusia itu telah terjatuh, terduduk dan tidak bangun dalam tempoh yang lama.
Sekali lagi, Allah menguji..
ALLAh sekali lagi menunggu dengan memberi peluang kepada hamba-Nya yang telah DIA buat untuk duduk menghisab diri. Namun, sekali lagi manusia yang tidak bersyukur itu tidak mengambil iktibar atas semua yang terjadi. Batinnya menyalahkan Tuhan. Ya! Menyalahkah ALLAH. Apakah manusia itu berhak untuk menyalahkan ALLAH sedangkan selama manusia berada dalam kesenangan, langsung tiada ALLAH dalam kamus hidupnya. Ah! Manusia sangat bodoh..
Jiwa Manusia Akan Meronta
Sampailah pada satu masa, hatinya, batinnya, jiwanya sangat meronta-ronta untuk mendapatkan kebenaran. Untuk mendapatkan ketenangan. Dan sekali lagi! Sekali lagi kerana sisa kesombongan yang masih menebal pada dirinya, dia tidak mempedulikan jeritan batinnya itu.
“Aku ingin mencari Rabbi…!” Jerit batinnya, tidak didengari.
Manusia itu terus menerus berjalan terhuyung-hayang di atas muka bumi dengan jiwa, siang malam menjerit mencari pencipta alam. Masih tidak dihiraukannya. Alangkah terseksanya jiwa.
Jiwa.. Jiwa yang dahagakan kasih-sayang dari Sang Pencipta tidak mengalah dengan empunya badan yang sombong lagi bodoh. Jiwa yang sentiasa menjerit-jerit diperhatikan oleh ALLAH, dan ALLAH hanya memandangnya, kerana ALLAH tidak akan kekurangan sedikit pun jikalau hamba-Nya menyombongkan diri kepada-Nya. Sebaliknya, manusia yang bodoh itulah bergantung kepada kekuasaan ALLAH Maha Besar!
Ayuh! Bebaskan Jiwamu!
Wahai manusia yang lemah dan hina.. Masihkah tidak mendengar suara batinmu yang dahagakan kasih-sayang Tuhanmu? Tuhan, ALLAH yang menciptakan langit dan bumi.
Dengarkan.. Dengarkan jiwamu itu.
Jiwa manusia sentiasa memerlukan kasih-sayang ALLAH SWT. Hatta orang jahat sekalipun akan berfikir tentang dosa yang dilakukannnya, tetapi seringkali pergerakannya terhalang dek kerana hitamnya dosa di dalam hati ditambah dengan kesungguhan yang tiada bersungguh!
Apakah manusia akan mengira, TAUBAT itu akan datang kepada mereka? Atau mereka akan datang bersama taubat kepada ALLAH Maha Besar?!
Wahai manusia, jiwamu dan fitrahmu sukakan kebaikan. Mengapa engkau menghalang fitrahmu untuk menghantar isyarat kepada anggota tubuh menzahirkan kebaikan dalam jiwamu? Apa kau mengira kau akan hidup tanpa bantuan dari ALLAH? Kau silap saudaraku.. Kau silap! Alangkah ruginya dirimu!
Dengarkan suara batinmu saudara. Dengarkan!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Satu!
ALLAh langsung tidak tergugat kedudukannya jikalau manusia menyombongkan diri, kerna ALLAh lagi MAHA SOMBONG. Tapi apakah kita sebagai manusia akan bertahan. Bertahan berlawan kesombongan dengan ALLAh? Tidak! Kita akan hancur.. Hancur sehancurnya.
Lepaskanlah.. Pintu Taubat Masih Terbuka.
Alangkah indahnya.. Bahagianya.
Lepaskan batinmu yang meronta-ronta mencari Tuhannya untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.
Itulah tujuanmu. Itulah tempatmu. Ayuh sama-sama meminta kepada ALLAH, kerana ALLAH lah tempat memohon segala-galanya. SubhanaAllah!
Semoga ALLAH merahmati.

Sunday, April 17, 2011

Lemahnya Lelaki Kerana Wanita

Aku teringat suatu masa dahulu, ada sorang kawan aku pernah cakap, "Lelaki memang dilahirkan kuat. Apa sangat la perempuan kalau dibandingkan dengan lelaki." 





Ya, lelaki memang kuat. Kekuatan dan tenaga yang dimiliki lelaki sangat besar jika dibandingkan dengan perempuan. Sebab tu la tanggungjawab yang dipegang oleh lelaki jugak adalah sangat besar. Anak lelaki kena tolong mak bapak, suami kena tolong isteri, ayah kena tolong anak-anak.

Tapi lelaki jangan ego dan angkuh dengan kekuatan yang kita ada. Walau pun orang lelaki ni kuat, kita jugak boleh jadi lemah disebabkan wanita. Yang lelaki tu jangan tipu la kononnya langsung tak lemah bila berhadapan dengan seorang wanita. Yang tak mengaku tu ego je lebih.

Kalau nak tau, hanya dengan menggunakan suara yang lunak, mata yang bersinar, dahi yang licin, senyuman yang manis, postur badan yang melentik, gaya yang manja dan air mata tangisan, semua aset perempuan itu sudah cukup untuk membuatkan lelaki menjadi terpampan. I'm pretty sure KEBANYAKAN lelaki akan menjadi lemah apabila berdepan saat itu.

This is so true. Itulah kelebihan orang perempuan. Ada sebab kenapa aku tulis pasal semua ni. It's because I want every men including me to respect all women. Aku tengok lelaki zaman sekarang ni dah ramai sangat yang suka ambik kesempatan ke atas perempuan menggunakan kekuatan mereka hasil anugerah dari Tuhan. 

Jangan la bila korang dah anggap perempuan ni golongan yang lemah, korang pun mula nak menindas mereka. Sepatutnya korang lindungi la mereka atas dasar tanggungjawab seorang lelaki. Lelaki jugak patut mind set dalam otak mereka yang perempuan pun boleh melemahkan lelaki sebab mereka turut mempunyai kekuatan tersendiri. 


Dengan buat macam tu, baru la lelaki dan perempuan masing-masing akan saling hormat-menghormati antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Lelaki kalau nak dihormati perempuan, korang kena la hormat perempuan dulu.

Ingatlah, sekuat mana pun lelaki wanita tetap dapat membuatkan mereka jadi lemah.

Saturday, April 2, 2011

Ucapan Yang Paling Dibenci Oleh Allah S.W.T

               Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 Saya juga manusia biase yang tidak lepas dari membuat dosa. Jadi inilah salah satu cara untuk saya bermuhasabah diri (^_^)

Pernah tak anda mendengar ucapan seseorang yang diberi teguran atau nasihat dengan memberi jawapan ‘suka hati akulah nak buat apa pun!, tak payah nak jaga tepi kain orang!, kau jagalah diri engkau sendiri, tak payah nak menyibuk! Atau yang seumpamanya?

Ungkapan-ungkapan yang menolak nasihat atau teguran seperti ini sebenarnya amat dibenci oleh Allah. Kata-kata itu terpacul keluar disebabkan rasa ego, sombong, keras kepala dan degil. Sifat ini juga akan mengundang kemurkaan Allah.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Dan sesungguhnya ucapan yang paling dibenci oleh Allah ialah seseorang yang mengatakan kepada orang lain yang menasihatinya, ‘Bertakwalah kamu kepada Allah.’ dengan ungkapan, ‘Uruskan urusan dirimu sendiri’.” ( an-Nasa’i dan al-Baihaqi, disahihkan sanadnya oleh al-Albani]


Oleh yang demikian berhati-hatilah bila ingin berkata sesuatu terutama bila seseorang mengajak kepada kebaikan atau melarang dari melakukan kemungkaran. Terimalah dengan hati yang terbuka atau jawablah dengan jawapan yang lunak seperti ‘ terima kasih kerana tolong mengingatkan saya’, ‘insya Allah saya akan berubah’ atau ucapan-ucapan positif yang lain.


-TAMAT-

p/s: Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yang Aku Inginkan !!

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ? 
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah ayat 286)


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ? 
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Surah Al-Imran ayat 139) 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA 
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). " 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? 
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45)


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI 
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? (Surah At-Taubah ayat 111)


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " (Surah At-Taubah ayat 129) 


KITA BERKATA AKU TAK DAPAT TAHAN !!! 
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI ? 
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Maka senyumlah..............

Friday, April 1, 2011

-Teladan Cinta Kita-


Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu...
di pelamin kemiskinan

Fatimah...
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad,
Kau bermandi keringat,
Jauh-jauh mencari air...di padang pasir
Disengat sinar mentari,
Sedikit pun tidak kau kesali,
Untuk suami, kerana Ilahi.

Ali...
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata,
Gagah sekukuh kota,
Kau kunci gedung nubuwwah,
Kau fakir yang pemurah,
Kau wira di sebalik selimut hijrah,
Berkorban nyawa untuk Rasulullah.

Ali dan Fatimah...
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi,
Lalu diluahkan ketandusan upaya,
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi,
Untuk menanggung beban keluarga,
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya.

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan,
Lalu diberikan zikir sebagai gantian,
Tiga kalimat sarat keberkatan,
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar,
Lalu esoknya mereka datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati,
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa,
Sering berpisah tapi tak gundah,
Mereka bercinta kerana Allah.

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan,
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajhah,
seorang wanita yang az zahrah!

- RENUNGAN-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...