Friday, October 14, 2011

Solat Sunat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. 

Firman Allah SWT.: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”  (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.


Cara mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut



2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3.  Surah selepas Al-Fatihah:
a,      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:




6.  Doa Solat Sunat Tahajjud




KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan solat malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Monday, October 3, 2011

Jadikanlah aku redha dengan ketentuanMu




Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan rasa sensitif kepadaku tatkala nilaian imanku merudum.Jika tidak pasti aku terus hanyut dibawa arus kelalaian dunia yg pesonanya sungguh mengasyikkan.

Alhamdulillah,
Surah Al-Ahzab Ayat 1-22 ditadabur seperti biasa namun ada rasa luar biasa yg menjengah ke hatiku tatkala aku membaca ayat ke-9:

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.”


Aku merenung diriku sendiri.Aku sering memikirkan sesuatu yg tak mampu atau luput daripada fikiranku.Aku mengingini sesuatu sedangkan ia bukannya miliku.

Dalam kesibukkan aku mengejar segala keinginan dunia ini aku lupa akan bait ayat ini “kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu”. Aku tak pernah hidup merempat, aku punyai keluarga bahagia, aku punyai harta walaupun mungkin tak sebanyak mana, aku punyai pendidikan walaupun mungkin tak setinggi mana.

Hasbunallah hu wani’mal wakil
Cukuplah Allah bagiku

Prasangka baikku terhadap Allah perlu melebihi prasangka baikku terhadap keluarga yg sentiasa menginginkan yg terbaik untukku.Begitu juga Allah.Allah yg menjadikan ibu bapa kita yg mempunyai rasa kasih dan sayang.Malah Allah sendiri bersifat Maha Penyayang.Semestinya Allah menginginkan sesuatu yg jauh lebih baik untuk kita berdasarkan pengetahuan dan kekuasaan Allah.

“Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu”
Apabila kita merasa cukup dengan Allah , Allah akan mencukupkan kita dengan nikmat-nikmatnya.

Wallahua’lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...